Friday, September 30, 2011

WANITA

Assalam...
1st time post blog kt tmpat lain(blik psikologi n kerjaya)...selalu kt umah je..
dh agak lme x update blog ni....bnyak benda nk post kt sni tp kna tnggu blik umah mse pnjng skit..heheh...post kli ini nak kongsi stu artikel yg baru dbaca dan trsa nk kongsi dgn org2 yg singgh kt blog ni sbg renungan serta ingatan bkn shj kpd buat kaum hawa ttapi sbg peringatan kepada kamu adam...:-)

Sejambak bunga yang segar jika diletakkan di atas meja untuk hiasan tentu nampak cantik dan menarik meja itu. Orang yang memandang akan dapat meni'mati kecantikan dan kesegaran bunga yang dihias. Kerana pandainya orang yang empunya bunga, maka akan jadi perhiasan mata ramai. Dan dihargai kecantikannya.

Apa jadi kalau bunga itu dihias dalam tandas? Tentu hilanglah kemegahannya sebagai bunga yang dipuja kecantikannya dan orang akan mengatakan alangkah tidak siumannya atau kurang akal bagi orang yang tidak pandai menghargai bunga secantik itu lalu diletakkan di tempat yang sehina itu.

Wanita ibarat bunga, antara perhiasan


dunia yang amat memikat lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw bermaksud:

"Dunia itu perhiasan dan sebaik-baik perhiasannya itu ialah perempuan yang solehah (perempuan yang baik tentang agama, akhlak, rumahtangga, pergaulan dan sebagainya)." - Riwayat Muslim

Sesuatu perhiasan yang disayangi dan mahal harganya tentulah akan diletakkan di tempat yang terpelihara atau tersembunyi. Agar pencuri tidak berpeluang mengambilnya. Kalaupun didedahkan di depan umum akan diletakkan kawalan rapi agar terpelihara keselamatannya. Lebih tinggi nilai perhiasan tadi maka makin ketatlah kawalan dibuat. makin ramailah orang yang menghargainya dan makin sulitlah untuk
mendapatkannya.

Begitulah juga sepatutnya wanita. Allah ciptakan wanita berbeza dari lelaki. Dari segi fizikal dan fitrah yang Allah jadikan berbeza antara lelaki dan perempuan itu ada tujuan dan maksudnya. Tidak lain dan tidak bukan agar terbezanya tugas antara kedua makhluk Allah itu.

Wanita Allah anugerahkan dengan sifat-sifat tertentu seperti pemalu, lemah-lembut, penyabar, berhalus, kuat perasaan, mempunyai fizikal yang lemah, pendek akalnya dan sebagainya. Semuanya itu mempunyai maksud, iaitu untuk menyeimbangi lelaki yang Allah jadikan kuat fizikalnya, panjang akalnya, kasar dan tegas tingkah lakunya dan sebagainya.

Dengan sifat lemah lembut dan sabar yang dimiliki oleh seorang wanita menyebabkan ia mampu melayan ragam anak-anak; mampu berdepan dengan suaminya dengan baik.

Halus perasaan membolehkan ia cepat memahami hasrat dan masalah yang dialami oleh suaminya. Sifat

berhalus menyebabkan wanita mampu melakukan kerja-kerja remeh seperti menjahit, menyulam, memasak dan menghias rumahtangga.

Sifat sabar membolehkan wanita melakukan kerja-kerja yang berulang-ulang atau yang sama setiap hari seperti memasak, membasuh, mengemas rumah dan sebagainya tanpa jemu-jemu.

Kurang akalnya wanita menyebabkan mereka suka jadi orang yang dipimpin; lemah dari segi fizikal menyababkan mereka memerlukan pada seorang lelaki sebagai pelindung diri.

Justeru kerana itu, Allah yang menciptakan kita, tentunya Dia Maha Mengetahui di mana lebihnya wanita dari lelaki, untuk dimanfaatkan; dan di mana kurangnya wanita di sisi lelaki agar kekurangan itu boleh diisi oleh lelaki. Oleh sebab itu Allah tidak membebankan wanita dengan tugas yang berat-berat yang mana hanya akan menyusahkan wanita dan tidak akan ada kemampuan mereka untuk melaksanakan dua kerja dalam satu masanya.

Sebagai bukti kasih sayang-Nya, Allah tidak bebankan wanita mencari nafkah, tidak disuruh membanting tul

ang empat kerat yang lemah untuk tujuan itu; semuanya itu tanggungjawab lelaki.

Persamaan hak di sisi Allah antara lelaki dan wanita, itulah persamaan hak yang patut dituntut dan dijadikan impian setiap wanita. Allah sendiri menyatakan di dalam Al Quran yang Ia tidak melebihkan seseorang dengan seseorang yang lain melainkan dari segi taqwanya. Begitu juga Allah tidak membezakan jantina samada lelaki dan perempuan; semuanya sama pada pandangan Allah sekiranya mereka beriman dan bertaqwa. Firman Allah yang membawa maksud:

"Barangsiapa yang mengerjakan kebajikan, baik lelaki atau perempuan sedangkan dia orang yang beriman maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan tidaklah mereka teraniaya sedikit pun."- An Nisa: 124

"Barangsiapa yang beramal soleh lelaki mahupun perempuan sedangkan ia beriman pula maka mereka akan masuk syurga serta mendapat rezeki di sana dengan tiada terhingga." - Mukmin: 40

Tugas mengandung, bersalin, mengurus rumahtangga,melayan suami, mengurus dan mendidik anak-anak sudah cukup berat dan susah untuk dilakukan oleh seorang wanita yang lemah. Sehingga kerana itu Allah mengambil kira apa yang dibuat oleh wanita itu sama pahalanya dengan lelaki yang bergelanggang di luar rumah.

Hatta dalam hadis-hadis Rasulullah jelas menyebut wanita yang membasuh pakaian suami dan anak-anaknya, diberi pahala; wanita yang memasak makanan dan menghiris bawang sampai keluar air matanya juga mendapat pahala di sisi Allah; wanita yang bangun malam kerana mengurus anaknya seperti menyusu dan menyalin lampin dikatakan sama pahalanya dengan lelaki yang berjihad pada jalan Allah. Pendek kata setiap pekerjaan yang dilakukan oleh wanita di dalam rumahtangga walaupun t

erlindung dari pandangan orang lain, semuanya itu dikira dan dinilai oleh Allah. Walaupun perkara yang dibuat itu untuk kesenangan dan keselesaan dirinya sekeluarga, dikira ibadah selagi ia melakukan
kerja-kerja itu kerana memenuhi tuntutan Allah, yakni mencari keredhaan Allah.

Wanita itu walaupun di sisi manusia ia mungkin tidak terkenal sebagai seorang ahli profesional yang hebat,atau sebagai tokoh politik yang boleh menggegarkan negara atau seorang pakar dalam ekonomi dunia, atau apa saja bidang yang dimuliakan dan dianggap istimewa oleh manusia, tetapi di sisi Allah dia dikenal dan dimuliakan malaikat, para roh orang-orang soleh dan wali-wali Allah, segala makhluk Allah di darat dan di laut sentiasa mendoakan keselamatan dan keampunan untuknya.

Sehingga kerana itu dia menjadi kecintaan para kekasih Allah di alam malakut. Sementara di bumi nyata dia dikasihi oleh anak-anak, suami, jiran-jiran dan kaum keluarganya kerana khidmat dan kasih sayang yang dicurahkan pada mereka. Walaupun ia tidak memiliki ijazah yang tinggi melangit, pangkat, nama tetapi tempat kebesaran telah pun menunggunya di akhirat.

Itu semua dapat dicapai dengan melakukan tugas yang sudah sesuai dengan fitrah wanita da

n sudah cukup untuk menjadikan syarat wanita diberi hak yang sama dengan lelaki di akhirat kelak.

Sebaliknya wanita kini meminta di dunia supaya mereka disama-tarafkan dan minta diberi hak yang sama dengan lelaki di semua bidang. Lelaki jadi menteri mereka juga mahu jadi menteri, mahu jadi polis, tentera, hakim, jurutera, pegawai eksekutif. Atau mahu terlibat dalam acara-acara yang dimonopoli oleh lelaki, seperti bermain bola sepak, menunggang basikal dan sebagainya dengan alasan mereka patut diberi kesempatan untuk membuat kerja yang lelaki buat. Kononnya mahu jadi srikandi pejuang bangsa.

Mereka mendakwa kaum wanita juga mempu buat apa yang lelaki boleh buat, inilah yang biasa mereka katakan (wanita boleh!) Sekiranya mereka tidak dibenarkan terlibat di bidang yang sememangnya diuntukkan pada lelaki katanya mereka telah dianak-tirikan, diskriminasi (merendah-rendahkan kaum wanita) dan bermacam-macam lagi bantahan.

Mereka tidak sedar bahawa apabila mereka meletakkan diri di bidang yang tidak sesuai dengan fizikal dan fitrah mereka, maka terpaksalah mengorbankan banyak perasaan kewanitaan

demi untuk menyesuaikan diri dengan tugas yang dipegang.

Hal ini adalah bertentangan dengan fitrah mereka, mengabaikan tugas-tugas asas sebagai wanita terhadap anak-anak, suami dan rumahtangga, seterusnya mendedahkan diri mereka kepada pergaulan bebas antara lelaki dan wanita, mendedahkan aurat dan terdedah kepada sifat
keangkuhan, sombong dan bangga diri dengan jawatan atau kedudukan yang mampu mereka capai.

Jadilah mereka sepertimana bunga yang diletakkan di dalam tandas tadi. Hilanglah keindahan mereka sebagai seorang wanita. Jeleklah mereka pada pandangan penghuni langit, sekali pun mereka boleh beribadah seperti ibadah para Nabi. Apatah lagi kalau mereka sampai melanggar perintah Allah, dilaknat ke atas mereka oleh setiap makhluk Allah di darat dan di laut.

Umpamanya, seorang wanita yang jadi menteri, tentulah terpaksa melayan rakyatnya yang terdiri dari orang lelaki dan wanita. Jadi menteri terpaksa diiring ke sana ke mari oleh lelaki dan perempuan yang bukan suaminya. Ataupun kalau di rumah sering didatangi oleh lelaki yang menjadi rakyatnya dengan hajat itu ini. Kalau kahwin sama-sama menteri tidak apa juga. Apa halnya kalau isteri menteri tetapi suami tidak.
Tentulah tidak layak si suami hendak melayan rakyat yang hendak jumpa menteri. Yang hendak diajak berbincang ialah isterinya, menteri itu bukan si suami.

Ketika itu bagaimana perasaan si suami melihat isterinya berbincang dengan lelaki lain di rumahnya, ka

dang-kadang dari malam sampai ke pagi. Sedangkan dia terpaksa buat air dan jaga anak sebab isteri sedang berurusan. Ataupun kalau anak dan air diuruskan oleh orang gaji, tentu rakyat yang datang tadi tidak mahu mendengar buah fikiran atau keputusan yang dibuat oleh si suami yang bukan menteri. Tentu keputusan dan pandangan isterinya yang lebih diharapkan dan didengar.

Begitulah hina dan malangnya lelaki atau suami yang gagal meletakkan wanita di tempat yang sepatutnya. Sebaliknya berbahagialah lelaki atau suami yang pandai meletakkan wanita di tempatnya. Rasulullah saw bersabda:

"Tidaklah yang memuliakan wanita, kecuali orang-orang yang mulia, dan tidaklah menghinakan wanita kecuali orang-orang yang hina."

Oleh itu sekiranya seorang wanita hendak menuntut hak yang sama di sisi Allah dengan lelaki, ia mestilah melakukan tugas yang sesuai dengan fizikal dan fitrah kejadian wanita. Yakni tugas yang tidak memerlukan dia setaraf dengan lelaki. Dan tentulah dalam melaksanakan tugas yang sesuai dengan fizikal dan fitrahnya itu syariat lahirnya juga dapat dijaga.

Ibadah-ibadah asasnya seperti sembahyang dan puasa dikerjakan sungguh-sungguh. Ibu bapa ataupun suami ditaati dan maruah diri dipelihara dari tercemar. Maka wanita itu akan dimuliakan dan diberi pangkat yang tinggi di sisi Allah seperti mana hadis Rasulullah yang menyebut seorang wanita solehah lebih baik dari seribu lelaki yang tidak soleh.

Marilah kita berusaha untuk merebut pangkat dan kemuliaan di akhirat. Kerana pangkat dan kemuliaan akhirat itulah yang boleh dibanggakan dan boleh memberi kebahagiaan yang berkekalan. Sedangkan pangkat dan kemuliaan dunia sudah banyak melalaikan dan membuat manusia lupa pada Tuhan, menjadikan mereka akan dibangkitkan hina

dina di akhirat kelak. Azab neraka yang dahsyat akan menunggu-nunggu untuk memamah tubuh-tubuh mereka yang berdosa dan angkuh dengan kebolehan diri.

*sbg peringatan untuk dri sndri ...hargailah n hormati la wnita yg berada dekat dgn kta terutama insan yg telah melahrkn kte...adik syg mak..























Friday, September 23, 2011

Sinar Lebaran Aidilfitri

Assalam..


Zikir Nabi Yunus a.s. dalam perut ikan Nun.
لاَ Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِلاَّ Ø£َنتَ ، سُبْØ­َانَÙƒَ Ø¥ِÙ†ِّÙŠ ÙƒُÙ†ْتُ Ù…ِÙ†َ الظَّالِÙ…ِينَ
“Sesungguhnya tiada Tuhan melainkan En
gkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri”.
(Surah Al-Anbiya’ : Ayat 87)
minggu yang agak relax bg pelajar class DPR5 sbb class bnyak xde,ade class ari selasa n rabu shj..wlaupun class yg agk sdkit tp bleh dktakan bnyak benda yg berlaku dlm mnggu ni x kira la sdih or happy...kdang2 yg sdih tu la yg wat dri ni rse lmah n rse sdih yg tramat sgt...rse benda yg trbaik ialah blik umah jumpa mak..at least dpt tgk muka mak dh ok dh...ntah la,ssh nk paham org..mak slalu psan baik ngan sume org,jgn sombng..tp kebaikan kte tu kdng2 dislhertikan n ada yg ambil ksempatan...ssh jd org besar ni kn?org kt sekeliling ni ade yg syg kte,ade yg baik,senang n paham kte,n yg pasti ade gak yg xske,x snang,benci,n ade rse nk mnjtuhkn kte...tp benda ni lumrah hidup kn..kte sbg manusia kna sntiasa meminta pertolongan dari ALLAH SWT...


Stiap individu berhak untuk mengeluarkn pendpat kn...jadi:
1. Dalam satu2 kumpulan atau kelompok kebnyakannyer ade ketua atau wakil kn,bg aiza x slah kalu ketua tu mengingatkn kwn2 yg brda dlm keadaan tdk berspendpt antra stu sma lain utk berbaik semula dn bknnyer mnjadikn perkara ni lbih keruh..pling tdak pun cri waktu untuk kte sume leh berbincng untuk menjernihkn lagi keadaan..


2. Bagi yg lbih tua, mainkn pernan untuk menegr ksilpan adik2 bknnyer
utk sme2 mnykng perbuatan yg x sptutnyer tu...ingatkn adik2 yg kdang2 wat kptsan melulu..tlg la,jgn la putus silaturrahim hnyer dsbbkn perkara yg bleh dibwa brbncng.




3. Sebelum nk mnilai sesuatu smada tguran ataupun kritikan,x slh untuk kte kaji dulu, bertnya pda sumber2 yg bleh dpercyai,bukan terus nk slhkn org,bwk crta yg bruk2 kt org lain, lagi2 bg yang berada dalam kelompok tu sendri.
bkn untuk mnyalahkn sesiapa tp sbg peringatan utk dri sndri juga..
*tanpa kte sedar,kdang2 dsbabkan oleh sikap yg sebegini,mngkin bg pihak tersbut die rse puas tp untuk ia memberi ksan dlm memecah-belahkan silaturrahim antara stu sma lain...tlg la kwn2,adik2,abg2 n akak2..smpai bila bila nk jd mcm ni.buang la yg keruh n ambil la yg jernih..kdng2 kte kna ilangkn ego kte untuk sling bermaafan antra stu sma lain..

Dalm rase sdih n kecewa alhamdulillah ade juga masa untuk bersama rakan untuk meraikn aidilfitri smbil merapatkan ukhwah antra kami dalam PRSP bersama kwn2 yg lain...trima ksih n tahniah buat pengarh program n ajk2 yg trlibat dlm menjayakan progrm sinar lebaran aidilfitri..:-)















*selamat hari raya*























*bersama adikku P*





*esk petang berngkat ke hulu langat untuk kem fasi bersme2 ahli prsp yg lain..smoga smuanyer brjalan lancar n dpt bnyak input2 yg menrik serta mantpkn lg dri dlm mnjdi ahli prsp..insya'Allah...

trima kasih-syukran-thank you-nandre-syea2-arigato-khamsahamida


Assalam..
haaaaaa....rse nk pengsan kok..heheh
thx http://myrasurihani.blogspot.com/ sgt2 sbb nk tomey2kn blog aiza ni...
nanti aiza blnja cokelat sebiji ekk..:-)
smnagt plak nk update blog ni..heheh


Monday, September 19, 2011

syahadat cinta

Assalam
cuti 4 hari ni lpas mnggu lpas yg full dgn test diisi dgn slah stunyer mnonton crta indonesia yg islamik sikit berkaitan rse khilaf ,kesedaran untuk mendalami islam serta cinta yang dtg.best gak crita ni..n bg pngajaran gak kt org yg tgk cte ni...:-)










skit sinopsis bg yg rse berminat dgn crita yg bergenre mcm ni:


Iqbal seorng pmuda Bandar yang x pernah solat n  x pndai mengaji.Pada suatu ari akhirnyer iqbal mula sedar untuk kembali ke jalan yg benar dimana ketika die telah mnybabkn ibunya jtuh tangga n mngakbatkn ibunya luka serius.diatas kesedaran iqbal itu,die bersetuju untuk memasuki pesantran (skolah pondok) di tegal jading.

Selama 2 bulan iqbal disana,dia hanya disuruh untuk mngmbil air dri telaga.stelah itu,iqbal mnjdi bgitu marah dan melepaskn geramnyer di telaga dan ketika itu iqbal bertemu dengan aisyah (puteri kyiai subadar.

Iqbal telah memarahi aisyah dan aisyah terluka lalu kyiai ingin berjumpa dengan iqbal.iqbal terlalu risau lalu melarikn dri dri pesantren tnpa tujuan.sehinggalah iqbal berjumpa precilia ,gadis kristian yang baik hati.pricilia mmbntu iqbal mncri tempat tnggal namun iqbal mmutuskan untuk tnggal di rumah ibu Jamilah seorng pngemis yang hidup bersam kedua anaknya Fatimah dan Irsyad.

Sepanjang iqbal mempelajari agama islam,iqbal mndpt bnyak cobaan n dugaan.Namun iqbal ttp kuat dan tidak sesekali mundur dari tekadnya untuk menjadi org taat….


*setiap org mempunyai pendapat yg tersendiri mengenai sesuatu perkara dan slah stunyer mngenai cinta.hormati pendapat individu itu dan dari itu yg baik djadikan teladan dan yg buruk djadikan sempadan.
Wassalam

Kisah Hati



Assalam
Mcm mne ek nak mula..
Bismillah..6.7.2011 bermula lah semester baru yg juga merupakan tahun akhir Insya’Allah diriku sbg seorang student psas.Seperti biasa mestilah bnyak perkara n benda baru yg kna blaja n tempuh as a student n as a person that already 20 years old.yang paling penting lg mesti ramai aspect diri ni dh jd lbih matang..heheh

PELAJAR-11 julai aritu start la class untuk dpr 5..klas yg pertma cnfrm2 sesi perknln ngan lectrr,pnerangn mngenai subjek serta pembelian or pencarian buku...heheh..ada yg beli baru bukunyer,ad yg mntak kt senior je...mnggu pertama ni gak bnyak class xde..awal2 sem aritu kira x pack sgt la jadual,rse relax je lg...start ujung bulan tu dh start dh wat group utk assignmnt,dh dpt tugasan..jd,otak yg dh lme beku ni coz sem lepas pratkal na la dineutralkn blik dri sgala benda2 yg x sptutnyer (ye ke aiza)...time tu start la kna pi library cri bhn,search internettanya lectrr , tnya kwn n mcm2 lg utk siapkn assingnmnt.Time ni gak dh start busy n dh x fkir nk relx2 lg..lpas tu lctrr pun dh start ngan quiznyer, presentationnyer (mmg fav thng yg bdk marketing kna wat )...tp dlm bln puasa ni xde la berat sgt n test pun lectrr wat lpas raya...cuti raya sminggu je,lpas cuti raya dh start dh ade test.mnggu lpas mmg full nagn test.sbg student markatng smapi sni je dulu citenyer....:-)

*marketing*marketing*marketing*

*miss jiran*

HOUSEMATE – semester ni xduk n x mohon kamsis pun sbb dh wat kptsan nk duk luar...lbih senang dri segi nk wat assingmnt ngan kwn2.best gak duk luar rmai2 ngan kwn2.wlaupun kdng2 still rindu suasana kamsis n smestinya rindu kt jiran.citernyer mmg happy la duk ngan kwn2 umah sewa yg sumenyer gila2..n happenig kn...msak sme2,mkn same2,bleh dkatakn wat bnyak benda sme2..then sblum rmdhan mnjelma aritu kami stu umah pi jalan2 kt pangor sat.time tu happy sgt2. eventhough kdng2 ktrang ade gak slh fahm tp ktrang still syg antra stu sma lain...:-)


*great moment with u olls*



*syg korang*

PRSP – mnggu 1st dh start msyuarat agong prsp psas sesi jun 2011 n pda mulanyer x nk pi tp last2 mnit pi gak...persaan tu xtau nk ckp mcm mne dn skali lg smester ni dpt pgang jwtan sbg setiausaha..mula2 tu rse nk ltak jwtan,ye la ssh nk pi meetng sbb trnsport n jrang dpt nk join progrm.sian plak kt mb lain n adik2 yg lain..ape2pun diorng ttp bg smngt n bnyak tlg dn alhamdulillah stakat ni progrm yg berjalan dpt dilksanakn dgn jayanya..tahniah sume..ade lg beberapa progrm yg akn berjln n insya’Allah dpt join n bantu korang sume..:-)


 *PRSP PSAS*

*Pentauliahan Ahli Baru*

*Bakti Siswa di Kg Kenang*




SCHOOLMATE -  spt biasa msing2 dh ssh nk jumpa sbb msing2 dh sbuk study kn..cuti pun kdng2 x sme..tp still sempat gak kmi sume berbuka puasa sme2...wlaupun skejap ttp dpt bual2,gelak2,gsip2..tu la pompuan bila jumpa kn..n raya aritu sempat la kami sume beraya sama2..hope korang sume appy2 slalu n do your best in study..syg korang sume...

 *cari duit time cuti sem..heheh..*

 *rindu korang*

 *every moment to remember*

*bila la nk berkumpul lg kn*



Bnyak benda yg jd smnjak 2 menjak 3 menjak ni...tp yg pling ketara skali bnyak org cakap diri ni dh lain la,dh berubah skit la,nmpak mcm tu la mcm ni la, mcm2 la lagi..xtau la plak berubah dri mne tp yg pasti sntiasa cuba berubh mnjd yg lbih baik insya’Allah..n kdng2 perubahan  kte mngkin kurang mnyenangkn org lain n ade yg suke ngan perubhn ni...ape2pun kna bersdia trima ape yg org ckp kt kte kn3..ape2 pun peace no war..heheh..yayayayyaya i like u..

*Rohaiza Mohamad Som*


*masih bnyak benda nk dipelajari n dhrapkn sume org dpt menerima dri ini seadanya...
wassalam








Sunday, September 18, 2011

kembali semula...

assalam...
bleh dkatakn dh setahun blog ni terbiar mcm tu je...
rsenyer dh smpai mse nk aktifkan blik blog ni...
ari bce blog org timbul plak rse nak coretkn sumthng kt blog sndri...
dlm bbrapa jam td mngemas skit2 blog ni,buang habuk2 n sawang2 yg mne patut dulu...
macam dh smangat je ni kan...
buat masa ni setakat ni je dulu...post seterusnyer agak panjang kut..
see ya...wassalam...